PM arah Kementerian Sumber Manusia, KDN selesaikan segera isu pekerja Indonesia

Hilmi Malik
Julai 15, 2022 18:04 MYT
Ismail Sabri berucap pada Majlis Pelancaran Home Ownership Programme (HOPE) dan Pelancaran Karnival Jom Beli Rumah di ibu negara pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar segera menyelesaikan isu kemasukan pekerja Indonesia ke negara ini dengan segera.
Menyedari situasi yang mampu menjejaskan hubungan kedua-dua negara itu, Ismail Sabri mahukan perkara tersebut diatasi dalam masa terdekat.
“Saya dah minta Menteri Sumber Manusia dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya selesaikan isu ini dengan segera.
“Kita tak mahu perkara ini berlarutan dan keruhkan hubungan kita dengan Indonesia jadi saya minta selesaikan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Home Ownership Programme (HOPE) dan Pelancaran Karnival Jom Beli Rumah di ibu negara pada Jumaat.
BACA: Isu pekerja asing: "Mengapa Malaysia tidak hormati MoU?" - Duta Besar Indonesia
Indonesia baru-baru ini memutuskan untuk membekukan sementara penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan dakwaan melanggar syarat-syarat dalam MoU yang ditandatangani kedua-dua negara berkenaan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) pada April lalu.
#ismail sabri yaakob #Indonesia #Kementerian Sumber Manusia #KDN #pekerja asing
;