KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah peruntukan geran sebanyak RM6 juta untuk program kewangan sosial iTekad bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya golongan B40, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini akan menjadikan jumlah bantuan keseluruhan iTekad untuk tahun ini sebanyak RM10 juta, meningkat daripada RM4 juta yang telah diperuntukkan di dalam Belanjawan 2023.
Katanya kerajaan bertekad untuk menghapuskan kemiskinan negara dan mengurangkan jurang antara golongan kaya dan miskin.
"Kalau (iTekad) sudah berjaya dengan RM4 juta dana awalan Kementerian Kewangan, (beserta) andaian lebih banyak penyertaan bank dan ada lagi dana tambahan dari Bank Negara Malaysia (BNM), maka saya boleh tambah dari RM4 juta kepada RM10 juta untuk tahun ini," katanya di Majlis Jalinan Kerjasama iTekad di sini hari ini.
iTekad merupakan program penaung yang diwujudkan oleh BNM bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaan ke arah menjana pendapatan yang berterusan.
Setiap program iTEKAD menggabungkan penyediaan aset perniagaan yang dibiayai oleh instrumen kewangan sosial seperti derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai, dengan kewangan mikro, berserta latihan kewangan dan perniagaan yang berstruktur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Beliau berkata ini akan menjadikan jumlah bantuan keseluruhan iTekad untuk tahun ini sebanyak RM10 juta, meningkat daripada RM4 juta yang telah diperuntukkan di dalam Belanjawan 2023. -Bernama
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar, Turki tolak cadangan Trump 'bersihkan' Gaza
Menteri Luar Qatar dan Turki menentang rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk "membersihkan" Semenanjung Gaza.
Israel terus serang Tebing Barat
Rakyat Palestin pada Isnin mengadakan upacara pengebumian tujuh daripada sekurang-kurangnya 22 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki sejak dua minggu lalu.
Mexico, Amerika Syarikat tangguh pelaksanaan tarif sebulan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum penangguhan pelaksanaan tarif baru terhadap Mexico selama sebulan.
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Polis buru suspek pecah rumah
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.
Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Perang dagang, bekalan beras jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu perang dagang dan penghasilan beras tempatan menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat hari ini. Isu itu dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.