PM Anwar umum hala tuju ekonomi negara esok

Astro Awani
Julai 26, 2023 10:10 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan hala tuju ekonomi negara yang dikenali sebagai Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat, esok. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan hala tuju ekonomi negara yang dikenali sebagai ‘Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat’, esok.
Berkongsikan perkara itu di laman Facebook miliknya, Perdana Menteri berkata, dasar tersebut adalah hala tuju baharu kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang.
“Esok saya akan meluncurkan “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, Insya-Allah,” katanya.
Majlis tersebut akan diadakan pada pukul 9 pagi di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Kuala Lumpur.
#Facebook #Anwar Ibrahim #Ekonomi Madani Memperkasakan Rakyat #Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
;