PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Penubuhan Arab Saudi

Bernama
Februari 23, 2023 04:10 MYT
ANWAR: Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman sempena Hari Penubuhan kerajaan itu pada 22 Feb. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Arab Saudi sempena sambutan Hari Penubuhan negara itu.
"Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman sempena Hari Penubuhan kerajaan itu pada 22 Feb.
"Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberkati Yang Teramat Mulia dengan kesihatan yang berpanjangan serta mengurniakan keamanan, kemajuan dan kemakmuran yang berkekalan kepada Kerajaan Arab Saudi," kata perdana menteri menerusi ciapan Twitter.

I extend my heartiest congratulations to His Royal Highness Prince Mohammed bin Salman, Crown Prince and the Prime Minister of the Kingdom of Saudi Arabia on the auspicious occasion of the Kingdoms Founding Day on 22 February. (1/3)

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anwar berkata Malaysia komited untuk meningkatkan hubungan persaudaraan dengan Kerajaan Arab Saudi ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan dan budaya serta meneroka bidang kerjasama baharu yang berpotensi.
Hari Penubuhan Arab Saudi disambut pada 22 Feb bagi memperingati penubuhan kerajaan itu pada 1727 oleh Imam Mohammed bin Saud dan diisytiharkan sebagai cuti umum tahun lepas.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Hari Penubuhan Arab Saudi #ucap tahniah #Putera Mohammed bin Salman