PM Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Bernama
September 23, 2024 16:00 MYT
September 23, 2024 16:00 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.
"Tahniah kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake dan Sri Lanka atas kejayaan pilihan raya mereka. Berharap untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka dan bekerjasama demi kepentingan rakyat," kata Anwar dalam catatan Facebook.
Dissanayake pemimpin People's Liberation Front (JVP) dan perikatan National People's Power (NPP), mengangkat sumpah jawatan di Sekretariat Presiden di Colombo pagi ini, selepas memperoleh 42.31 peratus undi dalam pilihan raya pada Sabtu.
Kemenangan ahli politik berusia 55 tahun itu, mencerminkan perubahan besar dalam politik Sri Lanka, dengan fokus kepada keadilan sosial dan reformasi ekonomi.
-- BERNAMA