PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-57 SPRM

Bernama
Oktober 1, 2024 11:30 MYT
Anwar mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-57 kepada SPRM dan berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-57 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah.
SPRM menyambut ulang tahun penubuhannya hari ini.
SPRM diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Okt 1967.
- BERNAMA
#PM Anwar Ibrahim #SPRM #Ulang Tahun SPRM #badan pencegah rasuah
;