PM Anwar ucap Selamat Hari Polis ke-216

Bernama
Mac 25, 2023 11:00 MYT
Perdana Menteri mengucapkan selamat menyambut Hari Polis yang ke-216 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman sosial beliau. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-216, kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.
"Pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara keamanan negara akan sentiasa dikenang buat selamanya," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
Hari Polis disambut pada setiap 25 Mac, dengan tema tahun ini 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.'
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Hari Polis #PDRM #keamanan negara
;