PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91

Bernama
September 16, 2024 06:30 MYT
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara, menerusi hantaran di Facebook. - Facebook Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 kepada seluruh warga ATM.
Anwar menerusi hantaran di Facebook semalam turut menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
"Penghargaan saya kepada seluruh keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Terima kasih atas jasa dan keringat kalian dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
"Teruskan berbakti buat negara tercinta ini. Selamat Hari ATM Ke-91," katanya.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Hari Angkatan Tentera Malaysia #ATM #Angkatan Tentera Malaysia
;