PM Anwar tunai solat Jumaat bersama rakyat di Kuala Langat

Fareez Azman
Mei 5, 2023 15:43 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir makan tengah hari bersama rakyat di Restoran Selera 7 Majlis Perbandaran Kuala Langat Banting hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LANGAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Kuala Langat hari ini.
Beliau tiba di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat pada tengah hari dengan disambut pengurusan masjid dan jemaah.
Anwar turut mendengar khutbah bertajuk "Adab Bertamu Ketika Puasa' disampaikan imam masjid berkenaan Rumaizi Ahmad sebelum menunaikan solat Jumaat bersama jemaah lain.
Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah serta kanak-kanak yang melepaskan peluang mendapatkan autograf Perdana Menteri itu.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Selera Tujuh di sini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Selangor Borhan Aman Shah yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #Solat Jumaat
;