PM Anwar titip ucapan Selamat Hari Wilayah ke-50

Kenyataan Media
Februari 1, 2024 13:33 MYT
Perdana Menteri berharap agar Wilayah Persekutuan terus maju, mampan dan sejahtera.- FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan selamat menyambut ulang tahun ke-50 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Beliau dalam satu kenyataan menyeru rakyat di negara ini untuk menyemai benih perpaduan serta membuang mesej berbaur kebencian.
Tambah beliau, ia dapat direalisasikan dengan mengamalkan sikap berkasih sayang juga rahmah antara satu sama lain.
Ini juga selaras dengan konsep Madani yang menuntut rakyat harus menyantuni antara satu sama lain dan bermuafakat dalam menjayakan agenda pembangunan di negara ini.
Sementara itu, beliau juga berharap agar Wilayah Persekutuan terus maju, mampan dan sejahtera.
#Anwar Ibrahim #Labuan #Perdana Menteri #perpaduan #Hari Wilayah
;