PM Anwar timang cucu ke-12

Bernama
April 12, 2023 14:19 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, hari ini.
Khabar gembira itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook.
"Alhamdulillah!.
"Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda (Nurul) Ilham dan Luqman Watanabe. Cucunda saya dan (isteri Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) yang ke-12. Bertambah meriah raya kali ini," katanya.
Nurul Ilham, anak keempat daripada enam adik beradik berkahwin dengan Mitsuru Luqman Watanabe pada Disember 2018.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim #timang cucu ke-12 #Nurul Isra Mitsuki #Ramadan