PM Anwar terima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi
Bernama
Oktober 6, 2023 14:24 MYT
Oktober 6, 2023 14:24 MYT
NEOM : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud pada Khamis (5 Okt) dan mereka menyemak hubungan dua hala yang istimewa, termasuk peluang pembangunan kedua-dua negara.
"Selain itu, beberapa isu yang menjadi kepentingan bersama telah dibincangkan.
"Semasa panggilan itu, hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan peluang untuk membangunkannya telah dikaji semula," lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Malaysia dan Arab Saudi menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1961.
Arab Saudi ialah rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Timur dengan jumlah perdagangan bernilai lebih US$10 bilion pada 2022.
Pegawai Malaysia telah menyatakan hasrat untuk mengukuhkan hubungan dan meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi.
-- BERNAMA