PM Anwar terima kunjungan hormat Prabowo

Bernama
April 4, 2024 01:50 MYT
Anwar menerima kunjungan Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo yang sedang dalam rangka lawatan khas selama sehari ke Malaysia. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.
Prabowo tiba di Perdana Putra pada 9 pagi, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.
Semalam, pesawat khas yang membawa Prabowo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10.15 malam.
Beliau turut dijadual menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kuala Lumpur hari ini.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Prabowo Subianto #kunjungan hormat #lawatan khas