PM Anwar terima Darjah Kebesaran Kelantan
Sinar Harian
Oktober 1, 2024 18:00 MYT
Oktober 1, 2024 18:00 MYT
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) di Istana Negeri di Kubang Kerian di sini pada Selasa.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menganugerahkan darjah tersebut yang membawa gelaran Datuk.
Kurniaan itu, sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-55 pada Ahad.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan Anwar mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-55.
Dalam istiadat di Istana Balai Besar, di sini, Anwar dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) membawa gelaran Datuk.
Dua Individu dikurniakan Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) membawa gelaran Datuk, iaitu Pengerusi Eksekutif Apex Equity Holdings Berhad, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhibbah Security Sdn Bhd, Datuk Mohd Khidir Yaacob. -- Sinar Harian
#Anwar Ibrahim
#Sultan Kelantan
#Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan
#terima pingat
#Sultan Muhammad V