PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus

Bernama
Ogos 11, 2024 03:00 MYT
Anwar berkata persekitaran sekolah dalam keadaan yang baik dan terurus akan membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.
"Insya-Allah saya akan terus pastikan persekitaran di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus, sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Turut dipaparkan di Facebook itu ialah gambar-gambar Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi sedang meninjau keadaan fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.
Perdana Menteri memaklumkan Ahmad Farhan melakukan tinjauan itu semasa beliau mewakilinya pada sesi Ziarah Kebajikan di Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini.
Pada sesi tinjauan itu, Ahmad Farhan juga beramah mesra dengan ibu bapa, guru dan pelajar sekolah terbabit.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #persekitaran sekolah #pelajaran #Ahmad Farhan Fauzi