PM Anwar solat Jumaat, beramah mesra dengan penduduk Kampung Baru

Fareez Azman
Disember 9, 2022 17:50 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati makan tengah hari dan solat Jumaat bersama penduduk di Kampung Baru hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati makan tengah hari dan solat Jumaat bersama penduduk di Kampung Baru di ibu negara hari ini.
Ia merupakan penampilan pertama beliau di Kampung Baru selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesepuluh pada 24 November lalu.
Anwar sebelum itu tiba kira-kira jam 12.45 tengah hari diiringi Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau kemudiannya meluangkan masa kira-kira 15 minit menikmati makan tengah hari bersama penduduk di kedai An Nur Tomyam.
Ketika makan, ternyata ratusan penduduk tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama pemimpin nombor satu negara itu.
Selesai makan tengah hari, Anwar kemudiannya bergerak ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat bersama ribuan jemaah.
#Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #Solat Jumaat #Makan tengahari
;