PM Anwar serah Rumah Kasih Ihsan kepada empat penerima

Dewi Nur Harasha Alias
Jun 17, 2023 19:57 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) beramah mesra bersama para penerima kunci Rumah Kasih Ihsan di Kampung Tok Bedu hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri). - Foto Bernama
TASEK GELUGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan majlis penyerahan Rumah Kasih Ihsan kepada empat penduduk kampung di Kampung Tok Bedu, Jalan Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
Keempat-empat penerima tersebut menerima kunci rumah itu di bawah program Rumah Kasih Ihsan yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP).
Sebagai projek rintis, sebanyak empat buah Rumah Kasih Ihsan telah dibina di Pulau Pinang iaitu di Kampung Tok Bedu, Padang Menora, Penaga dan Machang Bubok, di Bukit Mertajam.
Rumah Kasih Ihsan berkeluasan 660 persegi dengan tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur serta bilik air membabitkan kos pembinaan sebanyak RM75, 000 seunit.
Program itu merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan kediaman selesa kepada rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar.
#Anwar Ibrahim #Rumah Kasih Ihsan #tasek gelugor #Kampung Tok Bedu
;