PM Anwar salur sumbangan RM50,000 kepada PENA

Bernama
Oktober 21, 2024 15:50 MYT
Ahmad Farhan (kanan) menyampaikan sumbangan perdana menteri dalam pertemuan dengan pihak PENA bagi membincangkan usaha memartabatkan penulisan dan kesusasteraan negara. -Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM50,000 bagi membaik pulih fasiliti Rumah Persatuan Penulis Nasional (PENA) sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM50,000 untuk membaik pulih fasiliti Rumah Persatuan Penulis Nasional (PENA) sebagai tanda sokongan terhadap dunia penulisan dan kesusasteraan negara.
  • Sumbangan tersebut disalurkan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, yang bertemu dengan pihak PENA untuk membincangkan usaha memartabatkan penulisan dan kesusasteraan negara.
  • Pertemuan ini adalah lanjutan daripada sesi dialog antara Perdana Menteri dan tujuh Sasterawan Negara pada bulan Jun, yang mencetuskan pelbagai idea untuk memperkasakan seni, budaya, dan sastera di Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata bantuan itu disalurkan Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang bertemu pihak PENA bagi mewakili beliau, untuk membincangkan usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara, baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi dialog antara beliau bersama tujuh Sasterawan Negara pada bulan Jun lepas, yang telah mencetuskan pelbagai idea bernas terkait usaha pemerkasaan seni, budaya dan sastera di negara ini.
"Insya-Allah, hasil perbincangan dan sumbangan ini dapat membantu PENA terus memainkan peranan penting mengembangkan bakat, memelihara intelektual serta memperkasa suara penulis tempatan.
"Ini juga sebahagian usaha menjadikan Rumah PENA sebagai pusat tumpuan dan pertembungan kegiatan pengkaryaan sastera, bahasa dan kebudayaan," kata beliau.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Pena #Rumah Persatuan Penulis Nasional #dunia penulisan dan kesusasteraan negara
;