PM Anwar rafak sembah, zahir ucapan tahniah sempena Keputeraan Sultan Pahang

Bernama
Julai 30, 2024 08:45 MYT
Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Perdana Menteri mendoakan baginda serta seluruh kerabat Diraja Pahang agar sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-65 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Perdana Menteri mendoakan baginda serta seluruh kerabat Diraja Pahang agar sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.
"Daulat Tuanku," katanya.
-- BERNAMA
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Anwar Ibrahim #Sultan Pahang #ulang tahun hari keputeraan