PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78

Bernama
Julai 15, 2024 15:35 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-78 hari ini. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-78 hari ini.
"Mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam," katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, yang turut disertakan dengan sekeping gambar bersama Sultan Brunei.
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Sultan Brunei #Sultan Hassanal Bolkiah #ulang tahun hari keputeraan