PM anwar pulang ke Cheruk Tok Kun

Bernama
Januari 23, 2023 21:50 MYT
Kepulangan beliau yang ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah penduduk setempat di pekarangan Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah. - Gambar/ Bernama
BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini pulang ke kampung halaman beliau di Cheruk Tok Kun di sini buat pertama kali selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.
Kepulangan beliau yang ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah penduduk setempat di pekarangan Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah.
Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyertai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Dua masjid berkenaan Mohd Anor Abd Aziz.
Perdana Menteri dijadual menghadiri Kenduri Rakyat yang diadakan di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun malam ini.
Pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesepuluh pada 24 Nov tahun lepas.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #cheruk tok kun #anwar pulang kampung
;