PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Bernama
Mac 10, 2025 14:15 MYT
Mac 10, 2025 14:15 MYT
Anwar (foto) menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 Tahun 2025 di Menara HASiL Cyberjaya hari ini. -Bernama
CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan prestasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di samping memuji pencapaian serta pelaksanaan sistem baharu agensi itu yang telah meningkatkan kecekapannya.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim yakin dengan prestasi LHDN dan memuji pencapaian serta pelaksanaan sistem baharu yang meningkatkan kecekapan.
- Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.
- Pada 2024, kutipan cukai langsung Malaysia berjumlah RM184.805 bilion, meningkat daripada RM183.34 bilion pada 2023.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau optimistik dan sangat kagum dengan prestasi LHDN sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya tahun lepas.
"Saya berpandangan ini lebih tersusun dan berstruktur, dan instrumen baharu telah diperkenalkan seperti e-Invois, yang telah membantu," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari HASiL ke-29 di sini, Isnin.
Beliau juga yakin dengan tahap standard dan disiplin semasa, LHDN akan dapat meningkatkan lagi prestasinya dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.
"Jika LHDN mengekalkan standard dan disiplin sedemikian, mereka akan dapat menyumbang lebih banyak," kata beliau.
Pada 2024, kutipan cukai langsung Malaysia berjumlah RM184.805 bilion, menandakan peningkatan sebanyak RM1.465 bilion daripada RM183.34 bilion yang dikutip pada 2023.
-- BERNAMA