PM Anwar, Presiden Erdogan bincang isu Palestin

Bernama
Oktober 10, 2023 08:41 MYT
Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kiri) dan Presiden Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel melalui telefon malam tadi. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel.
Anwar menerusi catatan di X lewat malam tadi memaklumkan, perbincangan itu diadakan menerusi perbualan telefon.
"Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel," menurut catatan itu.

Saya sempat bercakap dengan Presiden @RTErdogan sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel. https://t.co/utl6NOFQ7r

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini. - BERNAMA
#PM Anwar Ibrahim #Recep Tayyip Erdogan #Palestin-Israel #israel serang gaza
;