PM Anwar mahu Malaysia jadi negara paling hebat di Asia

Ridauddin Daud
Julai 22, 2023 04:52 MYT
ANWAR: Pastikan kita jaga, jangan bagi ada orang sakau. Kalau sakau, tangkap, terajang masuk Sungai Buloh (penjara). -Gambar fail/Bernama
SUNGAI BESAR: Malaysia harus diangkat sebagai negara paling hebat di Asia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan itulah cita-cita utama beliau selepas memegang jawatan tersebut pada November lepas.
Tegasnya, beliau mahu gunakan kuasa yang ada untuk membantu rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, dan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.
“Boleh atau tidak boleh? Boleh!
"Pastikan kita jaga, jangan bagi ada orang sakau. Kalau sakau, tangkap, terajang masuk Sungai Buloh (penjara). Itu satu.
“Kedua, jaga supaya perpaduan rakyat itu baik. Kita tak boleh nafi kena tolong orang Melayu, Orang Asli dan bumiputera, itu dasar kita.
“Tapi ingat, orang India, orang Cina, itu juga rakyat kita. Kita tolong Melayu tapi jangan zalim kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Perasmian Sentuhan Kasih Desa Selangor dan Mini Karnival Usahawan Desa di Sungai Besar pada Sabtu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #negara hebat #Asia