PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman

Bernama
Julai 13, 2024 10:15 MYT
Anwar dan Dr Wan Azizah berbual dengan Omar Suleiman di kediaman Perdana Menteri, pada Jumaat. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman di kediamannya.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata, pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.
"Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy," katanya.
Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.
Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga Anwar. - BERNAMA
#PM Anwar Ibrahim #pendakwah Amerika #Dr Omar Suleiman #perkembangan Islam