PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Pia Ernadya
Mei 9, 2024 17:39 MYT
Mei 9, 2024 17:39 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Mutang menerima rawatan perubatan susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan sebelum ini.
"Mendoakan agar beliau diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan untuk melawan sakit yang dihadapinya dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah," kata beliau menerusi laman Facebook pada Khamis.
Turut bersama Perdana Menteri adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Sebelum ini, dilaporkan, Mutang mengalami masalah kesihatan sewaktu mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.
#IJN
#Anwar Ibrahim
#Mutang Tagal
#Institut Jantung Negara
#Yang di-Pertua Dewan Negara
#Dzulkefly Ahmad