PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock

Bernama
Mei 10, 2024 07:08 MYT
Sumbangan Anwar diserahkan melalui Ahmad Farhan (kiri) ketika menziarahi Shahrol Asikin (tengah) baru-baru ini. - Facebook Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon Shahrol Asikin Mohd Shariff atau lebih dikenali sebagai Daddy Rock, untuk kegunaan perubatan dan hariannya.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata sumbangan itu diserahkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi pelakon itu, baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
"Mendoakan urusan pembedahan beliau dipermudah dan dikurniakan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah," kata Anwar.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Daddy Rock #sumbangan #pelakon
;