PM Anwar hargai Presiden Putin atas jemputan Sidang Kemuncak BRICS

Bernama
Oktober 25, 2024 19:53 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan ucapan sekalung penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan ucapan sekalung penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai.
Dalam hantaran di platform X hari ini, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang mewakili beliau ke Kazan bagi menyatakan kebersamaan Malaysia dalam usaha dan upaya Malaysia dalam melonjak kedudukan dan pendirian negara.
Menurut laporan, Malaysia kini diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS, sebuah blok secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.
BRICS mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul AS$26.6 trilion (AS$1=RM4.34) atau 26.2 peratus kepada KDNK dunia, hampir menyamai kekukuhan ekonomi Kumpulan Tujuh (G7)
-- BERNAMA
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim #Presiden Rusia Vladimir Putin #sidang kemuncak BRICS #jemputan
;