PM Anwar harap pertubuhan Islam main peranan pupuk perpaduan masyarakat majmuk

Astro Awani
April 2, 2024 08:30 MYT
PM Anwar (tengah) bergambar kenangan dengan pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diketuai Presidennya, Ahmad Azam (empat dari kanan). - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pertubuhan Islam di Malaysia akan terus memainkan peranan yang sentral memacu usaha mencerdaskan umat dan memupuk perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk.
Hasrat itu disampaikan Perdana Menteri semasa menerima kunjungan hormat daripada pimpinan Wadah
Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diketuai Presidennya, Datuk Ahmad Azam Abdul Rahman.
"Mauduk pertemuan kali ini berkisar kepada cabaran gerakan dakwah, pemikiran Islam dan peranan badan bukan kerajaan dalam isu umat Islam peringkat antarabangsa," kata Anwar dalam hantaran di akaun media sosial beliau, pada Selasa.

Semalam saya telah menerima kunjungan hormat daripada pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diketuai presidennya Datuk Ahmad Azam Abdul Rahman. Mauduk pertemuan kali ini berkisar kepada cabaran gerakan dakwah, pemikiran Islam dan peranan badan bukan kerajaan pic.twitter.com/6Mdyhn7s39

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PM Anwar Ibrahim #pertubuhan islam #gerakan dakwah #WADAH
;