PM Anwar dilaporkan tidak sihat
Raja Hisyam Raja Zaid
Februari 5, 2023 13:16 MYT
Februari 5, 2023 13:16 MYT
GOMBAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, di sini, pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, pada Ahad.
“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini, namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurutnya, PM Anwar juga memaklumkan kepada beliau bahawa satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil di seluruh Malaysia untuk menyampaikan amanatnya akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, sambutan Thaipusam di Batu Caves meriah dengan kehadiran ratusan ribu penganut Hindu yang turut disertai pengunjung bagi meraikan sambutan perayaan Thaipuam.
#Anwar Ibrahim
#sambutan Thaipusam Batu Caves
#PM Anwar tidak sihat
#Kuil Sri Subramaniyar Swamy Batu Caves