PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun

Hasimi Muhamad
Januari 17, 2025 18:46 MYT
Anwar menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era.’- Foto Astro AWANI
LONDON: Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics (LSE), di sini bagi menyampaikan syarahan umum sempena rangka kerja lawatan kerja ke London, United Kingdom (UK).
Berbeza 15 tahun lalu sebagai pemimpin pembangkang, Anwar hadir kali ini menggalas jawatan Perdana Menteri, dan Pengerusi ASEAN 2025.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era’.

Hari ini menandakan penampilan keempat Datuk Seri @anwaribrahim di LSE. Kali terakhir beliau hadir pada 18 Mac 2010. Dan hari ini, selepas 15 tahun beliau hadir sebagai Perdanq Menteri @501Awani pic.twitter.com/Wv66MwyuLC

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) January 17, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih 400 pelajar dan ahli akademik hadir ke syarahan tersebut, selain wakil-wakil anggota ASEAN.
Syarahan tersebut merujuk kepada peranan Malaysia dalam berdepan landskap dunia yang tidak menentu dari aspek ekonomi, diplomatik dan politik.
Anwar berada di London untuk lawatan kerja selama lima hari sehingga 19 Januari, atas jemputan rakan sejawatannya Keir Starmer.
#Anwar Ibrahim #United Kingdom #lawatan kerja #syarahan umum #London School of Economics #terkini
;