PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Bernama
April 19, 2024 06:15 MYT
April 19, 2024 06:15 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham, kanak-kanak yang menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati sejak lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan di China tidak lama lagi.
Menerusi catatan dalam Facebook, Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra berusia 20 bulan dan keluarganya pagi Jumaat untuk membantu menampung kos perubatan dan perjalanan mereka ke China.
"Sama-sama kita doakan agar Nur Khayla (Azzahra) selamat jalani pembedahan dan segera sembuh, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA