PM Anwar beri jaminan rasionalisasi subsidi tidak akan bebankan rakyat
Fareez Azman
September 19, 2023 17:13 MYT
September 19, 2023 17:13 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sebarang langkah rasionalisasi subsidi tidak akan membebankan rakyat.
Jelas Anwar, tindakan penyesuaian itu akan mengambil kira golongan berpendapatan menengah dan rendah.
"Saya bagi jaminan apa pun rasionalisasi subsidi dilakukan kita tidak membebankan golongan berpendapatan menengah dan rendah.
"Ini kerana sebarang penyesuaian membebankan mereka tentu akan menambah beban yang ditanggung golongan miskin," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, kerajaan menjelaskan pengurusan subsidi termasuk pengenalan skim subsidi bersasar akan ditambah baik di bawah Ekonomi MADANI.