PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan

Bernama
Februari 28, 2025 17:47 MYT
Perdana Menteri berucap di hadapan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Sekolah Sultan Alam Shah, hari ini. -Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini untuk mengamalkan sikap ihsan dan beradab bagi memaknai ibadah pada bulan Ramadan.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini untuk mengamalkan sikap ihsan dan beradab bagi memaknai ibadah pada bulan Ramadan.
  • Beliau menekankan bahawa Ramadan adalah 'madrasah' terbaik untuk mendidik diri dari segi integriti, disiplin, dan dimensi sosial, serta pentingnya menerapkan nilai adab dalam pendidikan anak-anak muda.
  • Anwar juga menyatakan bahawa tanpa adab, pendidikan yang cemerlang dari segi kekayaan dan kemewahan tidak bermakna jika tidak mempunyai nilai etika dan moral.

Beliau berkata Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.
"Ramadan menyedarkan kita tentang empati, keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.
"Masalah kita apa? Ritual (ibadah) semua pandai... tetapi penghayatannya kurang," kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian di hadapan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini, sempena Ramadan yang bakal tiba.
Perdana Menteri turut menekankan kepentingan menerapkan nilai adab dalam falsafah pendidikan anak-anak muda di Malaysia.
"Jika adab tidak ada, (kita mungkin) cemerlang dengan segala kekayaan dan kemewahan tetapi ada peluang sakau... ada peluang kecam, ada peluang tindas.
"Ini maknanya pendidikan yang tidak mempunyai nilai etika dan moral," kata beliau.
Perdana Menteri kemudian turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar sekolah berkenaan.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #sikap ihsan dan beradab #Ramadan #pendidikan anak-anak muda
;