PM akan sampai ucap tama di Sidang Kemuncak Pemulihan Negara

Bernama
September 7, 2021 21:50 MYT
PM Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucap tama pembukaan pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucap tama pembukaan pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis ini.
Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh dalam satu kenyataan hari ini berkata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz juga akan menyampai ucapan khas serta mengadakan dialog peringkat menteri dengan para peserta secara dalam talian.
Sidang Kemuncak Pemulihan Negara itu dianjurkan oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur dengan sokongan Majlis Pemulihan Negara.
#ismail sabri yaakob #Sidang Kemuncak Pemulihan Negara #Tengku Zafrul Aziz #Institut Strategik KSI Bagi Asia Pasifik
;