PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina

Ridauddin Daud
September 18, 2023 11:05 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen, esok, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen, esok.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada Isnin.
Azalina berkata, sesi itu berkemungkinan akan mengambil tempat pada jam 2.30 petang.
"(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan 'good' itu dia (Anwar) akan jawab esok Insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang.
"Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil," katanya ketika PM Anwar memasuki Dewan Rakyat.
#Anwar Ibrahim #Azalina Othman #DNAA #Zahid Hamidi
;