PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membelanjakan kira-kira RM5 juta sepanjang tahun ini bagi membaiki pagar di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang diroboh atau dipotong oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Mohammad Fuad Khusairi berkata keadaan sedemikian berlaku berikutan tindakan penduduk di kawasan sekitar untuk membolehkan mereka melalui kawasan itu dan membawa binatang ternakan memakan rumput di sekitar lebuh raya.
"Rumput di LPT2 itu dikatakan sangat subur dan mereka melepaskan ternakan untuk meragut rumput di tengah-tengah lebuh raya. Perbuatan itu akan mengundang bahaya.
Saya mohonlah supaya penduduk sekitar LPT2 itu tidak memotong pagar tersebut kerana ia akan membahayakan pengguna," katanya pada program kembali ke sekolah PLUS 2017 yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di sini pada Khamis.
Mohammad Fuad berkata berikutan kesukaran untuk menahan mereka yang melakukan pencerobohan itu, mereka akan mengadakan rondaan yang lebih kerap bagi memastikan kejadian tidak berulang.
Sementara itu, mengenai tanggungjawab sosial korporat oleh PLUS, beliau berkata pengagihan kelengkapan sekolah telah dibuat di pelbagai negeri bermula di Johor dan pada program di sini, ia melibatkan seramai 7,500 pelajar dengan peruntukan RM1.3 juta.
Katanya, sepanjang tiga tahun program itu berjalan, PLUS telah membelanjakan kira-kira RM6 juta melibatkan 30,000 pelajar miskin dan bagi Terengganu, ia melibatkan 2,000 pelajar dengan peruntukan kira-kira RM30,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
PLUS belanja kira-kira RM5 juta tahun ini bagi membaiki pagar di LPT2 yang diroboh atau dipotong oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Tiga kematian babit peserta RXZ Members 6.0 direkodkan
Polis mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi.
Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut kemalangan di LPT2
Seorang peserta RXZ Members 6.0 maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal jenis sama dan sebuah treler di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang tadi.
Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 107 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering seberat 111,663.51 gram disyaki ganja.
Op Lancar 2024: Hampir 100,000 kenderaan memasuki LPT dalam tempoh dua hari
Sebanyak 91,700 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua hari pelaksanaan Op Lancar Hari Perayaan Aidiladha 2024.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Temui ajal ketika cuba bantu mangsa kemalangan
Niat murni seorang pemandu lori membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di LPT2.
Kanak-kanak maut nahas dua kenderaan
Nahas membabitkan kereta Perodua Kancil dan Perodua Alza di kilometer 323.4 kira kira jam 8 malam pada Isnin.
Peniaga maut elak langgar kereta tukar laluan secara mengejut
Seorang peniaga maut manakala isterinya cedera apabila kereta dipandu terbabas dalam kejadian di Kilometer 314.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada petang Rabu.
Pekebun maut motosikal terbabas di LPT2
Motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan terseret sejauh 50 meter.