KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari 2022 untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, ia adalah ekoran daripada rungutan dari pelanggan SmartTAG dan pengurusan trafik sejak kebelakangan ini.
“PLUS sedar kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuh raya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini
“Untuk itu, PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.
“Dan juga selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol,” ujarnya.
BACA: RFID: MyCC pantau pelaksanaan PLUS dan TNG
BACA: RFID: Kerajaan putuskan pengguna perlu diberi pilihan - Ismail Sabri
PLUS juga menyatakan komitmen untuk mengambil segala pendekatan perlu dalam mengoptimumkan prestasi sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol.
“Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza-plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
“Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID,” tambahnya.
Bagi memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih, PLUS menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol.
Selain itu, syarikat konsesi itu turut komited untuk menyediakan Lokasi Strategik bagi Pusat Pemasangan Tag RFID dan Penggantian di Lebuhraya PLUS dan di luar lebuh raya.
“Terdapat 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di Lebuhraya PLUS dan 35 lagi lokasi berada di luar lebuh raya.
“Pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuhraya PLUS akan menerima kupon Touch N Go dari pembantu Khidmat Pelanggan kami dan pelanggan boleh terus ke pusat Pusat Pemasangan Tag RFID yang terdekat untuk pemeriksaan.
“Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag tersebut secara PERCUMA,” tambah PLUS.
PLUS pada masa sama memohon maaf atas kesulitan yang dialami akibat kesesakan yang berlaku semasa permulaan pelaksanaan RFID Perintis Awam ke-2 sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai pada 15 Januari lalu.
Faris Danial Razi
Thu Jan 20 2022

PLUS juga menyatakan komitmen untuk mengambil segala pendekatan perlu dalam mengoptimumkan prestasi sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol. - PLUS
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.

Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat
PLUS dan PDRM terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya, terutama sepanjang musim perayaan.

Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.

PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane
PLUS malaysia berhad (PLUS) akan mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi utama bagi memastikan aliran trafik di kawasan kritikal lebuh raya berjalan lancar.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.