PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
Khalis Khadir
Januari 22, 2025 21:15 MYT
Januari 22, 2025 21:15 MYT
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mempunyai perancangan untuk menambah bilangan lampu jalan di lebuh raya utama.
Ringkasan AI
- PLUS berhasrat menambah lampu jalan di lebuh raya utama selepas berbincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
- Sempena Tahun Baharu Cina, PLUS meningkatkan kesiapsiagaan pasukan kecemasan dan menambah kemudahan awam untuk keselesaan pengguna.
- PLUS menghormati keputusan kerajaan menamatkan tol percuma pada musim perayaan.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
“Apa-apa penambahan fasiliti atau kemudahan di lebuh raya (termasuk persoalan tambah lampu jalan), kita akan bincang bersama LLM.
"Melalui perbincangan itu, kita akan tetapkan penambahan itu di mana lokasinya dan kita sentiasa ada perancangan untuk tambah baik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media taklimat PLUS bagi persediaan operasi lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina di Persada Plus, di sini, pada Rabu.
Sempena Tahun Baharu Cina, PLUS akan meningkatkan mempertingkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota pasukan tindakbalas kecemasan (ERT) untuk menguruskan insiden lebuh raya.
PLUS juga menambah baik kemudahan awam di lebih 50 lokasi sejak tahun 2023 dan menambah 50 tandas kabin bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa.
Mengulas keputusan kerajaan menamatkan pemberian tol percuma pada musim perayaan, beliau berkata, sebagai syarikat konsesi, PLUS hanya menerima keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya.