KUALA BERANG:Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) disaran memohon logo Buatan Malaysia untuk produk yang dihasilkan bagi mendapat pengiktirafan dan kepercayaan pengguna.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata logo Buatan Malaysia adalah pengiktirafan bagi menentusahkan bahawa produk yang dihasilkan adalah dibuat di Malaysia serta berkualiti.
Beliau berkata bermula April 2009 hingga Oktober 2020, KPDNHEP telah merekodkan sejumlah 1,236 permohonan pendaftaran logo Buatan Malaysia dengan jumlah unit penyimpanan stok (SKU) yang dipohon untuk mendapatkan pelabelan logo sebanyak 19,816.
"Daripada 19,816 SKU itu, sebanyak 15,951 SKU telah diluluskan untuk mendapat penandaan logo Buatan Malaysia, manakala bakinya tidak mendapat kelulusan atas beberapa faktor dan tidak menepati syarat permohonan yang ditetapkan.
"Ia antaranya membabitkan kegagalan pemohon mengesahkan produk mereka dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51 peratus bahan atau kandungan tempatan, aspek pelabelan yang tidak memenuhi piawaian, kualiti produk yang tidak memuaskan dan keselamatan produk yang diragui," katanya kepada pemberita selepas melawat projek belia tani di Kampung Sungai Ular di sini semalam.
Antara kategori perniagaan yang boleh memohon penandaan logo Buatan Malaysia ini ialah produk makanan dan minuman; perkhidmatan; kecantikan dan kesihatan; fesyen; aksesori dan kraf; kelengkapan rumah dan perniagaan agro.
Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata produk yang memiliki logo Buatan Malaysia dapat meningkatkan keyakinan pengguna kerana penggunaan logo ini tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada pengusaha produk dan perlu melalui prosedur permohonan yang ketat.
"KPDNHEP juga sedang dalam proses menambah baik kriteria permohonan logo Buatan Malaysia bagi membuka peluang lebih banyak sektor industri mengaplikasikan penggunaan ini pada produk mereka termasuk memperluaskan klasifikasi produk berbanding sekarang yang hanya membenarkan produk yang menggunakan 51 peratus bahan atau kandungan tempatan sahaja.
Antara syarat permohonan ialah perlu membuktikan penggunaan 51 peratus bahan atau kandungan tempatan, produk mesti dikilangkan di Malaysia, produk dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan, syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen operasi yang sah daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 22 2020

Rosol (depan) menuai timun ketika melawat tapak Projek Fertigasi Tanaman Timun - Projek Ekonomi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu di Sungai Ular, 22 Nov, 2020. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Banjir: Pejabat satelit LHDN di Pasir Mas dan Hulu Terengganu ditutup sementara
Pejabat Satelit LHDN di Pasir Mas, Kelantan dan Hulu Terengganu, Terengganu ditutup sementara mulai hari ini berikutan banjir.

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Terengganu
Muhammad Adam Syazwan dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya, Putra Azim Fahmi.

Banjir kilat: 43 penduduk Hulu Terengganu dipindahkan
Seramai 15 keluarga melibatkan 43 penduduk di sekitar Kampung Kemat, Hulu Terengganu dipindahkan ke tempat selamat selepas kawasan tersebut dilanda banjir kilat pada petang Khamis.

Jalan Kenyir-Aring ditutup akibat tanah mendap
Setakat ini terdapat dua laluan ditutup kerana tanah mendap di Hulu Terengganu.

Hulu Terengganu daerah terbaharu dilanda banjir, dua PPS dibuka
Tidak sampai 12 jam selepas kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu ditutup, negeri itu sekali lagi dilanda banjir.

Penyokong liga kampung bergaduh, polis mulakan siasatan
Siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah.

'Geng Fahmi' tiga sekeluarga tumpas, aktif pecah rumah di Hulu Terengganu
Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah rumah di sekitar daerah Hulu Terengganu susulan penangkapan tiga sekeluarga yang dikenali sebagai 'Geng Fahmi'.

Cabul penuntut maktab perguruan, pemandu bas ekspres ditahan
Seorang lelaki yang juga pemandu kedua sebuah bas ekspres dicekup polis selepas didakwa mencabul seorang penumpang wanita di Ajil, Hulu Terengganu.

Lelaki maut angkara buat pusingan U mengejut
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, Mohammad Zawawi Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua beradik maut terlanggar lori mengundur
Dua beradik maut selepas motosikal mereka melanggar belakang lori yang sedang berundur, dalam kejadian di Jalan Kampung Pelandan Cheting, di Hulu Terengganu, petang Rabu.