PKR harus lihat senario pasca Anwar

Astro Awani
Februari 1, 2014 12:19 MYT
Gambar Fail
PKR belum bersedia melangkah ke depan pasca Anwar Ibrahim kata Penganalisis Politik UUM, Dr Fuad Othman.
Penganalisis politik itu turut berpendapat, percaturan politik PKR di Dun Kajang menyerlahkan kebergantungan PKR terhadap ketua umum PKR itu.
Tegasnya, strategi PKR di Dun Kajang bukti jelas parti itu masih sukar berdiri mengurus kuasa sebagai sebuah parti tanpa Anwar.
Anwar juga dilihat sebagai pengimbang cara dalam mengkonsolidasi kuasa antara PKR, DAP dan PAS secara umumnya.
Perbezaan serta percanggahan prinsip dan hala tuju dilihat faktor yang mengekang sokongan menyeluruh masyarakat terhadap pakatan rakyat.
#Anwar Ibrahim #Pakatan Rakyat #penganalisis politik #PKR
;