PKPP: Sudah boleh melancong dalam negara - Perdana Menteri

Hasimi Muhamad
Jun 7, 2020 15:18 MYT
Perdana Menteri bagaimanapun berkata pintu sempadan negara masih ditutup untuk pelancongan ke luar negara. Gambar fail
Kerajaan hari ini membenarkan orang ramai melakukan aktiviti pelancongan domestik negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat-kuasa.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun pintu sempadan negara masih ditutup untuk pelancongan ke luar negara.
“Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.
“Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu setelah hampir tiga bulan tidak ke mana-mana.
“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup,” kata Perdana Menteri pada Ahad.
#kerajaan #Muhyiddin Yassin #pelancongan #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan
;