PKPP: Sesi persekolahan dibuka secara berperingkat

Hasimi Muhamad
Jun 7, 2020 15:42 MYT
Muhyiddin berkata Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci dalam tempoh terdekat. Gambar fail
Sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya dalam tempoh terdekat.
“Bagi ibu-bapa yang ada anak yang bersekolah, pastinya saudara-saudari tertanya-tanya bila sekolah akan dibuka.
“Untuk makluman saudara-saudari, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, pada Ahad.
#anak #Kementerian Kesihatan #Kementerian Pendidikan #kesihatan #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan
;