PKPP: Mesyuarat, seminar, kursus dan latihan dibenarkan
Hasimi Muhamad
Jun 12, 2020 15:41 MYT
Jun 12, 2020 15:41 MYT
Kerajaan memberi kebenaran kepada penganjuran mesyuarat, seminar, kursus dan latihan untuk diadakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perkara itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP pada Isnin ini.
“SOP mesyuarat dan seminar sedang diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Khas pada Isnin depan untuk kelulusan.
“Saya akan umumkan sebaik sahaja ia dibentangkan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Jumaat.
#Kementerian Kesihatan
#Majlis Keselamatan Negara
#menteri
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPP
#SOP