PKPP: Keputusan benarkan pelajar asing belajar di Malaysia diketahui Jumaat - Ismail Sabri

Astro Awani
Jun 17, 2020 07:42 MYT
Perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri esok termasuk pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) terlibat. - Gambar fail
Keputusan untuk membenarkan pelajar asing untuk kembali meneruskan pengajian di Malaysia dijangka diketahui Jumaat ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri esok termasuk pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.
"Kita faham bukan setakat IPTA dan IPTS yang ramai pelajar luar negara ini, malah sekolah antarabangsa juga memohon untuk pelajar ini pulang ke negara ini untuk meneruskan pengajian.
"Esok akan ada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri. Kita akan bincangkan kebenaran dan SOP. Jumaat nanti saya akan umumkan mengenai pelajar asing yang belajar di negara kita," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
#ismail sabri yaakob #keselamatan #Malaysia #Media #menteri #operasi #pelajar #sekolah #SOP