PKPP: Kebanyakan aktiviti sukan, rekreasi tidak babit perhimpunan dibenarkan

Hasimi Muhamad
Jun 7, 2020 16:16 MYT
Kebenaran tersebut termasuk latihan pasukan sukan atau permainan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Gambar fail
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, mengumumkan beberapa jenis aktiviti sukan dan rekreasi akan dibenarkan semula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Katanya, kebenaran tersebut termasuk latihan pasukan sukan atau permainan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.
“Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.
“Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki,”.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, pada Ahad.
#Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan #SOP
;