PKPP: Ini 5 tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
Fareez Azman
Ogos 16, 2020 15:07 MYT
Ogos 16, 2020 15:07 MYT
15 individu direman kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuatkuasakan. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam kenyataan media harian PKP menjelaskan perkara itu.
Ini lima tumpuan utama kenyataan media itu:
1) 15 individu direman terlibat dalam kegiatan pelacuran, 220 dikenakan kompaun kerana ingkar arahan PKP.
2) 64,987 pemeriksaan dan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dijalankan pada Sabtu.
3) 12,845 premis telah disanitasi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Ops Sanitasi Awam.
4) 11,384 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa, 4,295 inidvidu telah discaj dan 43 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.
5) 405 pemeriksaan dijalankan PDRM terhadap individu kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing (home quarantine) dan kesemua individu yang dikuarantin telah mematuhi SOP ditetapkan.
#ingkar PKP
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan
#operasi
#PDRM
#pelacuran
#pematuhan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKP
#PKPP
#SOP