PKPP dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Astro Awani
Januari 1, 2021 17:28 MYT
Januari 1, 2021 17:28 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021.
Berikut lima tumpuan kenyataan media hari ini:
1. PKPP yang dijadual tamat pada 31 Disember dilanjutkan dari 1 Januari (hari ini) sehingga 31 Mac 2021 di seluruh negara kecuali di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah serta lokaliti yang masih diletakkan di bawah PKP Bersyarat dan PKP Diperketatkan.
2. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Ria di Jalan Genting, Bentong tamat pada 1 Januari.
3. PKPD di Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir, Muar, Johor dilaksanakan bermula 2 sehingga 15 Januari. Ia melibatkan 17 blok bangunan, 1,828 penghuni warga asing.
4. PKPD di Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai, Johor bermula 2 sehingga 15 Januari. Ia melibatkan tujuh blok bangunan, menempatkan 4,444 penghuni warga asing.
5. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 347 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Seramai 337 dikompaun, manakala 10 direman.
#Muar
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#warga asing
#PKPD
#PKPP