PKPP: 39 lagi individu ditahan ingkar arahan

Hasimi Muhamad
Jun 30, 2020 14:32 MYT
Jelas Ismail Sabri, sebanyak 67,047 pemeriksaan telah dibuat oleh Task Force Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKP
Seramai 39 individu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setakat Selasa.
Daripada jumlah tersebut, tiga individu direman manakala 36 lagi dikenakan kompaun.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kesalahan tersebut masing-masing melibatkan 20 kes aktiviti melanggar prosedur operasi standard (SOP); lima kes aktiviti pub dan kelab malam, manakala 14 lagi melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial.
Jelas beliau, sebanyak 67,047 pemeriksaan telah dibuat oleh Task Force Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.
"Sebanyak 3,479 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 15,330 anggota telah membuat pemantauan di 4,224 pasar raya, 5,534 restoran serta 1,126 penjaja, 1,105 kilang, 4,315 bank dan 900 pejabat kerajaan.
"(Selain itu), 1,167 terminal pengangkutan darat, 258 terminal pengangkutan air serta 155 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
#Chini Memilih #keselamatan #operasi #PDRM #penjarakan sosial #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP
;