PKPDB di Penjara Alor Setar, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan hari ini

Firdaus Azil
Oktober 4, 2020 14:53 MYT
ISMAIL: 433 individu ditahan atas kesalahan ingkar PKP.
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran untuk kawasan Penjara Alor Setar, Kedah, susulan peningkatan kes COVID-19.
Berikut merupakan lima perkara penting Kenyataan Akhbar Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1) Kerajaan laksana PKPDB di kawasan Penjara Alor Setar, Kedah, susulan peningkatan kes positif COVID-19, bermula 6 Oktober 2020.
2) 433 individu ditahan atas kesalahan ingkar PKP. Daripada jumlah itu, 345 individu dikompaun, 60 direman, dan 28 dijamin.
3) Gagal memakai pelitup muka catat kes tertinggi iaitu 157, diikuti aktiviti kelab malam / pub (126), gagal sediakan rekod butiran diri (49), aktiviti perjudian (36), menggaji pekerja asing tanpa permit sah (18).
4) 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang penyeludup ditahan dalam Op Benteng, 27 PATI didapati cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.
5) Sejak 24 Julai sehingga 3 Oktober 2020, seramai 40,607 individu telah pulang ke tanah
air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
#perintah kawalan pergerakan #PKP #pkpkdb #kes positif #Kedah #ismail sabri yaakob #koronavirus #Malaysia #penjara #menteri #pekerja asing #lima perkara penting
;